|
Nailal ![]() Hello..., Welcome to my blog! Nama saya Nailal Muna. Saya lahir pada tanggal 31 Agustus 1997. Saya bersekolah di MAN 3 KEDIRI di kelas 12 IPA 4. Tagboard Nailal Muna ![]() Big Thanks Design : Sharon Emily Basecode : Anugerah Salsa Best viewed in Google Chrome Thank you! |
Cerita Melayu Klasik
MENGAPA BANGAU KURUS
Pada suatu hari, Raja Sulaiman memanggil semua
burung datang mengadap. Semua jenis burung hadir.
“Beta
ingin sampaikan berita gembira. Hari ini genaplah seratus purnama beta
memerintah. Oleh itu beta ingin beri hadiah istimewa. Kamu boelh minta apa
sahaja. Beta akan tunaikan permintaan kamu,” titah Raja Sulaiman. Semua burung
berasa gembira. Ada yang bersorak-sorak. Ada yang melompat-lompat.
“Bolehkan
patik mendapat bulu yang cantik tuanku? Patik ingin jadi burung paling cantik
di dunia,” kata merak.
“Tentu
boleh. Beta akan tunaikan permintaan kamu itu,” titah Raja Sulaiman sambil
tersenyum.
“Kamu
pula hendak apa?” Tanya Raja Sulaiman kepada kelicap.
“Kalau
boleh, patik ingin paruh yang panjang,” kata kelicap.
“Kenapa
minta paruh yang panjang?” Tanya Raja Sulaiman.
“Patik
suka minum madu, tuanku. Kalau paruh patik panjang, senanglah hisap madu
bunga,” jawab kelicap,” jawab kelicap.
“Baiklah,
beta akan tunaikan permintaan kamu itu, itik. Beta akan beri kamu kaki yang
lebar,” jawab Raja Sulaiman.
“Patik
ingin sarang yang cantik, tuanku,” kata tempua.
“Kalau
begitu, beta akan beri kamu kepandaian membuat sarang,” titah baginda.
“Tuanku,
tubuh patik ini kecil. Kalau boleh patik mahu kepala patik berwarna putih. Dari
jauh lagi sudah dapat dilihat,” pinta pipit.
“Perkara
itu mudah sahaja. Akan beta tunaikan,” titah Raja Sulaiman lagi.
Semua
burung telah meminta hajat mereka. Kini Cuma tinggal giliran bangau yang
sombong.
“Pintalah
segera wahai bangau. Beta pasti tunaikan,” titah Raja Sulaiman.
“Baiklah
tuanku. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali,” kata bangau.
“Apa?
Boleh kamu ulang?” soal Raja Sulaiman. Baginda terkejut.
“Patik
mahu minta makan tujuh hari sekali,” kata bangau lagi.
Semua
burung yang ada terkejut. Mereka hairan dengan permintaan itu. Raja Sulaiman
juga berasa ganjil. Baginda suruh bangau ulangi lagi permintaannya. Bangau
tetap berkata seperti itu juga. Akhirnya Raja Sulaiman puas hati. Baginda akan
tunaikan permintaan bangau itu.
Esoknya,
bangau pergi ke tepi tasik. Ia ingin mencari ikan. Namun, seekor pun dia tidak
dapat. Pada hari ketujuh barulah dia dapat seekor.
Kenapa
aku susah hendak dapat makanan? Bukankah aku minta banyak makanan daripada
baginda? Bisik bangau dalam hati. Tiba-tiba bangau teringat kembali kata-katanya
dahulu. Ia meminta makan tujuh hari sekali. Bukan minta makan tujuh kali
sehari.
“Aku
dah tersalah cakap. Patutlah semua burung hairan. Tak seekor pun tolong
betulkan cakap aku. Mungkin kerana aku sombong. Aku menyesal,” kata bangau
sendirian.
Mulai
hari itu bangau sukar dapat ikan. Badannya semakin kurus. Ia rasa sedih.
Kadang-kadang ia berdiri lama dalam air. Ia termenung memikirkan nasibnya.
Itulah sebabnya badan bangau kurus.
Amanat :
1. Jangan Bersikap Sombong.
2.
Berfikir sebelum membuat keputusan.
3.
Terimalah takdir dengan redha.
|